BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 1 April 2012

JANGAN SAMBUT APRIL FOOL!!!!

KENAPA KITA TIDAK DIGALAKKAN
MENYAMBUT APRIL FOOL?
April Fool ni mula disambut
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam
di Sepanyol. Kerajaan Islam
sebenarnya dah berkurun
bertapak kat Granada, Sepanyol,
tapi akhirnya runtuh diserang
tentera Kristian. Jadi lepas
kejatuhan kerajaan Islam itu,
maka penduduk Islam di Sepanyol
terpaksa la berlindung di dalam
rumah untuk menyelamatkan diri.
Tapi, tentera Kristian masih
berasa tak puas hati sebab masih
ada lagi saki-baki orang Islam di
sana, lalu diorang pun berusaha
untuk menghapuskan orang-
orang Islam di Sepanyol melalui
taktik kotor.
Penduduk Islam di sana
diberitahu bahawa mereka boleh
berlayar keluar meninggalkan
Sepanyol dengan selamat
bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang
berlabuh di pelabuhan.
mendengarkan tawaran yang
agak menarik itu, maka orang
Islam yang risau sekiranya
tawaran tersebut merupakan
suatu penipuan, telah pergi
sendiri ke perlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas
hati, mereka pun membuat
persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya iaitu pada 1
April, mereka mengambil semua
barangan yang telah dikemaskan
lalu menuju ke pelabuhan. Pada
masa inilah, pihak Kristian
mengambil kesempatan
menggeledah dan membakar
rumah penduduk-penduduk Islam
itu. Mereka juga tak sempat untuk
menaiki kapal kerana semua kapal
telah musnah dibakar sejak awal
lagi. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum Muslimin dan
membunuh kesemuanya; lelaki,
perempuan, malahan kanak-
kanak! Peristiwa berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya
diraikan oleh tentera Kristian
dengan gembiranya atas kejayaan
taktik kotor mereka.
Sejak hari tu, bukan setakat
Sepanyol, tapi seluruh dunia
merayakan hari itu sebagai April
Fool. Yang menyedihkan, ada juga
orang-orang Islam meraikan April
Fool's Day tanpa menyedari
mereka sebenarnya MERAYAKAN
ULANG TAHUN PEMBUNUHAN
BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-
ISLAM MEREKA SENDIRI!

0 comments: